top of page

UMPH Dilantik Bagi Projek Cadangan Pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ⁣⁣

Sebuah lagi kejayaan telah tercipta.

Keep dream, and dream Big!


Alhamdulillah sebuah kejayaan telah tercipta sebagai penutup tahun 2022 apabila UMPH telah berjaya dilantik sebagai Perunding BIM bagi Projek Cadangan Pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).⁣⁣




Tujuan utama projek ini adalah untuk membina lorong tambahan dan satu terowong baharu di Genting Sempah. Justeru, ia membantu menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya ke Pantai Timur.⁣⁣


Sesi menandatangani Surat Setuju Terima


Sebuah sesi menandatangani Surat Setuju Terima pelaksanaan servis BIM UMPH telah diadakan di Menara MTD pada 30 Disember 2022 (Jumaat). ⁣⁣

⁣⁣

Sesi tersebut disempurnakan di antara wakil Kumpulan UMP Holdings (UMPH) iaitu Tn. Syed Alwi Mohamed Sultan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPH, Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi, Ketua Perunding/ Penasihat Strategik BIM UMPH, En. Muhammad Syaiful Safwan, Pengurus BIM UMPH dan wakil MTD Group, En. Fauzi Piah dan Pn. Mariati Osman daripada Group Contract & Procurement Division, MTD Group. ⁣⁣

⁣⁣

Tahniah kepada BIM UMPH - Digital Construction Centre dan diharapkan agar BIM UMPH dapat merealisasikan projek ini dengan cemerlang dan penuh komited! ⁣⁣

⁣⁣

35 views0 comments
bottom of page