top of page

TAKLIMAT INSURANS DAN FAEDAH PERUBATAN KEPADA STAF KUMPULAN UMP HOLDINGS 


Unit Insurans UMP Services dan Sumber Manusia dengan kerjasama oleh wakil Syarikat Etiqa Family Takaful Berhad iaitu Puan Nurul Huda Rodzi, Penolong Naib Presiden dan Encik Ahmad Faheem selaku Pengurus Akaun, telah mengadakan satu taklimat berkaitan faedah perubatan kepada semua staf Kumpulan UMP Holdings .      


Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan dan kefahaman lebih jelas berkenaan faedah perubatan yang disediakan oleh Syarikat kepada semua staf. Program ini selari dengan hasrat Syarikat untuk menyediakan persekitaran kerja selamat selain daripada menjaga hal ehwal berkaitan kebajikan staf dan keluarga tersayang.       


Semoga perkongsian ini akan dapat mewujudkan persekitaran kerja selamat selain dari memastikan aspek keselamatan, kesihatan & kebajikan staf sentiasa terpelihara.


8 views0 comments
bottom of page