top of page

SESI LIBAT URUS PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK KUMPULAN UMP HOLDINGS 2024  



Satu Sesi Libat Urus Pembangunan Pelan Strategik peringkat Kumpulan UMP Holdings (UMPH) telah diadakan pada 27 Mac 2024, bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Sesi libat urus ini telah melibatkan ahli lembaga pengarah Kumpulan UMPH, barisan ahli lembaga pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), barisan pengurusan Kumpulan UMPH dan tetamu jemputan daripada Affin-Hwang Investment Bank. 



Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak⁣, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan UMPH, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin selaku Naib Canselor UMPSA, dan semua barisan ahli lembaga pengarah Kumpulan UMPH dan UMPSA yang hadir menyumbangkan idea bernas ke arah meningkatkan perkembangan dan daya saing syarikat.    





Dengan visi yang jelas, dan mandat untuk memastikan kelestarian kedudukan kewangan, diversifikasi produk dan pasaran, pembangunan modal insan, dan kerjasama secara sinergi daripada semua pihak, UMPH bersedia untuk menggalas cabaran untuk terus mengekalkan kedudukan sebagai anak syarikat universiti yang terunggul di Malaysia.

31 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page