top of page

Penyerahan Zakat Perniagaan Badan-badan Korporat

"Rasulullah SAW memerintahkan kami agar mengeluarkan zakat dan semua yang kami persiapkan untuk berdagang. - [HR. Abu Dawud]"

Keep dream, and dream Big!


Alhamdulillah, dengan izinNya pihak UMP Holdings telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 781,826.82 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.



Penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM781,826.82


Sesi penyerahan zakat yang berlangsung pada hari ini telah disempurnakan oleh Tuan Syed Alwi bin Mohamed Sultan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMP Holdings kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah, ayat 267).


Semoga pengagihan zakat ini dapat membantu golongan asnaf untuk menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik dan usaha ini diharapkan dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, Insya-Allah.


10 views0 comments

コメント


bottom of page