top of page

Penyerahan Projek Kompleks Pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)

"Kejayaan tidak datang secara kebetulan, ianya hasil dari tindakan yang berterusan."

Keep dream, and dream Big!


Majlis Penyerahan Projek Kompleks Pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah berlangsung pada 8 Disember 2022 di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran MBKT. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBM SUK Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Husin Bin Tengku Abdul Jalil.




UMP Holdings selaku perunding BIM


Pihak UMP Holdings selaku perunding BIM amat berbangga untuk terlibat sama di dalam menjayakan pembinaan projek berkenaan. Menara 31 tingkat ini merupakan bangunan yang tertinggi di pantai timur dengan ketinggian 138 meter. Ia menambahkan satu lagi mercu tanda bagi negeri Terengganu di samping Terengganu Drawbridge.



Dalam majlis ini, Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Bin Haron, selaku ketua perunding, telah mewakili pasukan BIM UMPH untuk menerima Sijil Penghargaan.



Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Terengganu atas kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak kami selaku perunding BIM.



12 views0 comments
bottom of page