top of page

EMPLOYEE SPOTLIGHT #2: NURENA FATIHAH BINTI MOKHTAR


📸 Foto diambil oleh: Adli Shafiq, Unit Pemasaran & Komunikasi, UMP Holdings Sdn. Bhd.

“Sebagai seorang kerani pentadbiran di UMP Services, saya berharap saya akan dapat terus menyumbang ke arah kecemerlangan syarikat”, ujar Nurena Fatihah, gadis kecil molek yang berasal dari Kuantan, Pahang ini.


Turut manis disapa dengan nama panggilannya iaitu ‘Nina’, Nurena yang hampir setahun bekerja di sini merupakan anak kelima daripada tujuh beradik. Mewarna juga merupakan hobi gadis berusia 25 tahun ini di waktu senggang.


Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan daripada Politeknik Muadzam Shah, Nurena sebelum ini berpengalaman berkhidmat sebagai pembantu Quality Control dan juga kerani pentadbiran. “Sepanjang bekerja di UMPS, saya bersyukur kerana dibimbing oleh rakan sekerja yang lebih senior. Saya juga mempelajari banyak perkara baharu, terutamanya gerak kerja dalam bidang pentadbiran.



'Nurena' ketika sedang ditemuramah.

Ditanya mengenai kenangan manis sepanjang berkhidmat di sini, Nurena berkongsi mengenai keterujaan beliau menyertai pelbagai program dianjurkan syarikat seperti Karnival Sukan UMPH.


Walaupun tidak dapat melibatkan diri dalam karnival sukan ekoran masalah kesihatan, namun beliau menyambut baik inisiatif syarikat dalam memastikan suasana kerja yang sihat dan hubungan silaturrahim yang baik di antara warga kerja Kumpulan UMP Holdings.

Berkongsi mengenai impian dalam bidang kerjayanya, beliau berazam untuk berusaha memperbaiki kualiti diri dan menjadi yang terbaik, dalam segala aspek.


“Insha Allah, dengan usaha yang tidak mengenal lelah serta bimbingan daripada rakan sekerja saya di sini, saya percaya bahawa saya akan dapat melakar lebih banyak kejayaan di sini”, ujarnya lagi.



'Nurena' menjalankan tugasan seharian sebagai kerani pentadbiran UMP Services.


88 views0 comments

Recent Posts

See All

ความคิดเห็น


bottom of page