top of page

Majlis GCEO Townhall x Pembukaan Karnival Sukan 2024⠀

Updated: Mar 12

Menuju Puncak


Pada Town Hall kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Syed Alwi Mohamed Sultan telah memilih tema “Menuju Puncak”, sejajar dengan harapan besar beliau kepada semua warga kerja UMP Holdings untuk sama-sama memburu kejayaan dan berada di puncak kejayaan yang tertinggi. ⁣



Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Pembukaan Karnival Sukan, yang merupakan kesinambungan daripada tahun lalu.Dandelion selaku juara rumah sukan lalu telah menyerahkan semula Piala Pusingan UMP Holdings yang dimenangi tahun lalu kepada Tn. Syed Alwi sebagai simbolik pembukaan kepada acara tahunan syarikat ini. Beberapa orang ketua patron rumah sukan yang baharu juga telah diperkenalkan kepada semua. ⁣




Pembukaan ini juga diceriakan lagi dengan pertandingan sorakan antara rumah sukan, di mana Sapphire telah menduduki tempat pertama dengan persembahan sorakan yang menghiburkan. ⁣

⁣ ⁣

Nantikan lebih banyak acara menarik yang menanti semua warga kerja pada tahun 2024. Kita jumpa lagi di majlis Town Hall yang akan datang! ⁣ ⁣


19 views0 comments

Commentaires


bottom of page