top of page

EMPLOYEE SPOTLIGHT: SITI FATIMAH BINTI MAD ADNAN


📸 Foto diambil oleh: Adli Shafiq, Unit Pemasaran & Komunikasi, UMP Holdings Sdn. Bhd.

Mesra dengan panggilan ‘Mekti’, Puan Siti Fatimah Binti Mad Adnan, merupakan staf pengurusan fasiliti yang bertanggungjawab menjaga kebersihan di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kampus Gambang.


Mula berkhidmat sejak daripada bulan April 2016, Puan Siti sudah boleh digelar sebagai ‘otai’ dalam kalangan staff UMPS. Perbualan kami dimulakan dengan perkongsian pengalaman pahit manis Mekti sepanjang berkhidmat di UMP Services.



'Mekti' ketika sedang ditemuramah.

‘Sepanjang akak bekerja di sini, akak berasa gembira kerana berpeluang untuk bekerja dalam satu pasukan yang saling bekerja sama antara satu sama lain. Akak juga bersyukur kerana mempunyai majikan dan pihak pengurusan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan staff UMPS’, ujar Puan Siti.


Ditanya mengenai pelbagai program yang melibatkan staf seperti Karnival Sukan, Family Day UMPH dan sebagainya, Puan Siti menyatakan bahawa begitu teruja dan menghargai usaha pihak pengurusan yang berusaha untuk mengadakan pelbagai program yang memupuk hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kerja Kumpulan UMP Holdings.


‘Program seumpama Karnival Sukan ini dapat memberi peluang kepada semua staff Kumpulan UMP Holdings untuk saling mengenali antara satu sama lain, dan dapat menjadi platform untuk semua warga kerja untuk mengamalkan gaya hidup sihat’, ujar Puan Siti, sambil tersenyum lebar.


'Mekti' menjalankan tugas seharian sebagai petugas pengurusan fasiliti UMP Services.

Berkongsi mengenai impian di UMP Services, Puan Siti bertekad untuk memperbaiki diri, dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Beliau juga mengimpikan untuk terus berkhidmat dan memegang peranan penting di peringkat pengurusan, suatu hari nanti.

⁣⁣

165 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page