top of page

EMPLOYEE SPOTLIGHT #4: UMI KALSYUM BINTI ABDULLAH PANI⁣


📸 Foto diambil oleh: Adli Shafiq, Unit Pemasaran & Komunikasi, UMP Holdings Sdn. Bhd.

Segmen Employee Spotlight kali ini kami teruskan lagi dengan sesi temubual bersama saudari Umi Kalsyum Abdullah Pani daripada Unit Perundangan dan Kesetiausahaan Korporat UMP Holdings. Gadis lincah bertenaga ini merupakan anak jati kelahiran Kuantan, Pahang.⁣

Si pencinta kucing yang juga merupakan alumni sarjana muda undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini mengakui bibit minatnya terhadap bidang perundangan telah tersemai sejak zaman persekolahan lalu, disuburkan oleh minatnya yang mendalam terhadap subjek Sejarah. “Cita-cita asal saya sebenarnya ingin menjadi seorang askar,” katanya yang mesra dipanggil Umi. Terpesona kami mendengarnya. ⁣

Tidak hairanlah gadis berusia 28 tahun ini begitu aktif dan bertenaga sekali terutamanya dalam menyertai aktiviti-aktiviti syarikat terutamanya Karnival Sukan. Teringat kami sewaktu Umi bermain bola jaring mewakili rumah sukannya, sehingga beliau tercedera, namun dengan semangat yang kental, tidak kenal erti kalah, beliau meneruskan jua perjuangannya untuk mencapai kemenangan.

Apabila ditanya mengenai minat, Umi mengatakan bahawa beliau meminati alat muzik trumpet sejak dari zaman sekolah lagi. “Semasa di UiTM, saya teruskan minat bermain trumpet dengan menyertai pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa dan bertanggungjawab untuk formasi dan koreografi pasukan.




"Saya suka apabila syarikat dapat pergi ke sekolah-sekolah sekitar untuk memberi ceramah kerjaya contohnya, kerana bagi saya program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini dapat membuka mata dan memberi manfaat kepada para pelajar mengenai pelbagai pilihan kerjaya yang tersedia. Dengan pendedahan awal seperti ini, mereka dapat membuat persediaan yang lebih baik dalam merancang masa depan dan mengikuti jejak langkah bagi mencapai impian masing-masing,” kata Umi dengan penuh yakin apabila ditanya tentang cadangan program yang ingin dilakukan beliau. ⁣

"Dengan kerjaya saya sekarang di UMPH, saya berpeluang untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu kerana antara tugas saya melibatkan interaksi dengan jabatan-jabatan lain yang terdapat di universiti ini," ujar Umi dengan penuh semangat.⁣




35 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page