top of page

EMPLOYEE SPOTLIGHT #3: LUKMAN HAKIM ABDULLAH⁣


📸 Foto diambil oleh: Adli Shafiq, Unit Pemasaran & Komunikasi, UMP Holdings Sdn. Bhd.

“Memang puas hati bila kita selesaikan masalah di tempat kerja sendiri tanpa menggunakan bantuan orang lain”. ujar Lukman, pemuda tinggi lampai apabila ditanya mengenai perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang bekerja di sini. Ujarnya, beliau dan pasukan berasa puas hati apabila mereka dapat menyelesaikan cabaran yang dihadapi sepanjang berkhidmat dalam pengurusan fasiliti di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang. ⁣

Lukman Hakim, lebih selesa dipanggil Lukman, merupakan seorang jurutera elektrik yang bertugas di bawah UMP Services (UMPS), anak syarikat UMP Holdings sejak setahun yang lalu. Apabila ditanya mengenai kenangan manis semasa bekerja di sini, anak jati Kuantan ini menyatakan bahawa beliau seronok mempunyai rakan-rakan sekerja yang sekepala dengan beliau. ⁣

“Kadang-kadang bila kita dah overwhelmed dengan kerja, kita jadi stres dan memerlukan teman untuk bercerita. Bila kita berjumpa dengan kawan yang masuk kepala, kita jadi seronok dan boleh healing sekejap”, kata Lukman sambil tersenyum. ⁣




Graduan berkelulusan Ijazah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga begitu teruja apabila bercerita mengenai kenangan manis sepanjang berkhidmat di UMPS. ⁣

“Selain daripada menyertai acara yang dipertandingkan di Karnival Sukan UMPH, Saya begitu teruja apabila staff di UMPS mengadakan ‘pot luck’. Macam-macam hidangan yang disediakan, jimat duit saya”, katanya sambil berseloroh.⁣

Beliau yang sebelum ini pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Kuantan turut berkongsi mengenai harapannya dalam kerjaya di UMPS.⁣

“Memandangkan perjalanan karier saya masih lagi jauh, saya ingin mengumpul banyak lagi pengalaman dan ilmu di UMP Holdings terutamanya dalam bidang pengurusan fasiliti, Insya-Allah”, sambung beliau lagi.




37 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page